Thursday, November 28, 2013

Pulang

Pemadam pun tak mampu
Momen dulu kekal
Attitude bodoh memakan diri
Parah bila sepintas kenangan membunuh
Diamkan dan nilaikan

Tak terusik kalaupun terus ligat mengira. Tak pandai aku berpuisi. Tapi tak pula aku gemar luahkan terus explicit. Suka aku pada alam. Tapi takut aku bila teruji. Kadangkala aku ini senteng. Akalku ini pendek ditambah interpretasi aku ini kalanya tersesat laluan.
Teraba-raba akan segala untuk bermula lagi. 
Aku mahu ada di sana.
Bantu aku Ya Tuhanku.
Bantu aku.

Cari Jalan Pulang.



Di sebalik meja,
Mahallah Khadijah, CFS IIUM.

Wednesday, November 27, 2013

Golongan Manakah Aku ?

Bicara kipas sahaja yang aku dengari. Apa luahanmu pada malam ini?
Maaf aku tidak mengerti. Tapi aku hargai hadir kamu bersama melodi.
Rima yang menyapa bersama bayu merancakkan lagi jemari aku yang tidak kecil ini menaip.

Kurenung dalam. Meneropong jauh kembali apa yang telah terjadi dan siapa yang mengambil bahagian dalam acara hidup aku. Pulas ligat aku perah segala mahu ingat segala.
Aku renung tajam pada jasad sendiri, 
Sepi sendirian aku bertanya," Bersyukurlah aku?"

أَلَمْ يَرَوْاْ كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّن قَرْنٍ مَّكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ مَا لَمْ نُمَكِّن لَّكُمْ وَأَرْسَلْنَا السَّمَاء عَلَيْهِم مِّدْرَاراً وَجَعَلْنَا الأَنْهَارَ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمْ فَأَهْلَكْنَاهُم بِذُنُوبِهِمْ وَأَنْشَأْنَا مِن بَعْدِهِمْ قَرْناً آخَرِينَ
(Surah al-An'am,6)

Maksudnya : Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.


Mahallah Khadijah
CFS IIUM

Monday, November 25, 2013

Di Bawah Langit-Mu

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, bernafas lagi hari ini.
Bertapak di negeri Selangor.
Menuntut ilmu di bawah bumbung Centre  for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia.

Semacam masih bermimpi sebenarnya.
Alhamdulillah, syukur :D

MALACCA PART I

Nov 22nd, 2015 We had a smooth journey from International Islamic University Malaysia, Gombak to Malacca World Heritage City to pe...